Featured

My First Blog Post

Salam buat semua.

Be yourself; Everyone else is already taken.

— Oscar Wilde.

Penulisan pertama. Pelik juga ye, kenapa saya rasa nak menulis? Sebab saya travel banyak sangat ke? Tak, ramai lagi yang dah travel merata-rata. Hanya rasa ingin berkongsi kisah kembara saya untuk bacaan semua. Mana tahu boleh dimanfaat. Kenapa tidak kan?

-TINGOH-

Fukuoka Trip Sept 2019 – Day 2

Pagi yang indah bermula sesudah subuh. Rancangnya nak pergi ke Sakurajima iaitu volcano yang masih aktif di Kagoshima.

Based on the itinerary, kami akan mula aktifkan JR All Kyushu Pass hari ini. Reserved tix on Shinkansen Sakura 401 🚄
Subway station jalan kaki dari Coco Apartment, guna Sugoca Card. Ada pelan kat tiang ni untuk tunjuk gerabak mana paling dekat dengan exit @ escalator in case kita perlu tukar line subway dalam masa yang singkat. Efficient 😘
Tak naik pun shinkansen Hello Kitty ni.

Dalam shinkansen 95 minit, berhenti di Kagoshima-chuo Station, tukar naik local train ke Kagoshima Station, namun begitu kami terlepas pandang station yang sepatutnya. Terpaksa tunggu 5 station yang seterusnya untuk tukar train patah balik ke Kagoshima Station. Pengajaran hari ini kena cepat-cepat mengaku ‘Mistake’ 😝😝. Lari sikit timing kami, tapi tak apa. Sampai di Kagoshima Station, cari arah untuk jalan kaki 500m ke Sakurajima Ferry Terminal. Beli tiket feri JPY160, setiap 15 minit ada tripnya. Sekejap saja, dalam 20 minit saja dah sampai ke Sakurajima.

Naik local train / komuter macam ni untuk patah balik ke Kagoshima Station 😂
Angin kuat, kembang hidung

Kat situ kami pilih sightseeing bus ala-ala hop on hop off bus harga JPY500 untuk keliling Sakurajima. Panas lit-lit lah masa ni. Insof. Sebelum kami naik bas balik, tetiba Sakurajima kentut 💨, meletus manja berkepul asapnya. Tak sangka dapat saksikan sendiri letupan. Dan baru ni awal Nov 2019, ada ongoing eruption juga. Aktif volcano kan.

Dalam feri balik ke Kagoshima

Balik dari Sakurajima ke Kagoshima, kami jalan kaki ke Tram Station, dan di sapa oleh pakcik Jepun, sembang sikit lebih-lebih kurang, sebelum naik tram 🚋 ke Korimoto Tram Station. Kemudiannya jalan kaki pula 450m ke Kagoshima Islamic Culture Centre aka Kagoshima Masjid untuk solat jamak zohor asar. Terasa jauh perjalanan ni sebab cuaca panas. Tapi bila dah nampak signage bulan bintang, terus happy. Tempat solat memang perfect 🌟🌟🌟🌟🌟. Setengah jam urusan di sini dan selesai dengan jayanya. Moh cari jalan pulang pula.

Seiras kan kami semua?
Ini Tram Route di Kagoshima
Dia ni suka tidoq lah, haishhhh 😏😏

Jalan pulang agak tricky dan jauh, kena jalan kaki dalam 750m ke JR Minami-kagoshima Station, plannya supaya kami tak perlu lagi naik tram, boleh terus guna JR pass. Jimat sikit. Tapi kena lah jalan kaki dalam panas ni 😎. Naik train ke Kagoshima-chuo Station, berhenti makan bekal dan beli nasi di Lawson dan kemudian naik shinkansen balik ke Hakata Station.

JR Minami-kagoshima Station bersambung dengan tram station juga.
Berbekalkan sambal bilis rangup. Sedak
Dah kenyang makan nasi baru boleh senyum lebar 😊
Berjaya naik high speed shinkansen Mizuho kali ni dengan JR Kyushu. Kalau JR pass di Tokyo atau Osaka tak boleh.

Tak ada sangat view boleh nampak kalau naik Mizuho ni, kebanyakan laluan terowong. Sampai di Hakata Station, naik subway untuk pulang ke Coco Apartment.

Love, Tingoh 💋

Fukuoka Trip Sept 2019 – Day 1

Assalamualaikum, selesai urusan beg dan immigration, beg penuh makanan tak perlu buka, diorang tak check pun tapi ada juga nampak orang yang kena geledah beg, cemas jugak lah sebab ada peraturan tak boleh bawak masuk fresh meat tapi syukurlah bekalan burgerking kami lepas. Kami keluar di Arrival level 1. Ada tempat duduk, berhadapan 7eleven. Kemudian kami ke aras 4 ada prayer room untuk qada solat subuh. Selesai urusan, cuba beli kopi di 7e, kena bayar saiz cup yang kita nak beli tu dulu, baru pergi ke mesin kopi layan diri. Bodoh sikit kami pada mulanya.

To Prayer Room at Level 4.
Reramai tu tunggu giliran ambil kopi. Iced Americano satu!

Nadia pulak dah ke kaunter beli kupon bas untuk pelancong. Harganya JPY820 per pax. Unlimited kecuali tak boleh guna ke Dazaifu. Entah, pelik sikit Dazaifu route ni, nanti lah cerita hari last nanti. Jadinya, perjalanan kami hari ini guna bas, JR train dan subway using tourist bus pass dalam bandar Fukuoka. SUGOCA IC pun Nadia beli siap-siap di kaunter yang sama, itu untuk guna naik subway, bila dah mula aktifkan JR pass all kyushu tu nanti.

Gores tarikh guna pada kupon. Oh yaaa… Nadia beli sekali Sugoca IC
Tempat naik bas di luar Arrival level untuk ke Hakata Bus Station.
Cerah langit Fukuoka, kat KL jerebu teruk melanda masa ni.

Sampai di Terminal Bas, cari Gate 1 nak naik bas nombor 15 ke Coco Apartment untuk letak beg.

Sampai di Coco Apartment tak berjaya jumpa owner, so kami tinggal saja beg dan ambil gambar WhatsApp pada owner. Pastikan selamat. Teruskan perjalanan naik bas kembali ke Hakata Station. Hari ini rancangnya nak pergi exchange JR Pass, pusing-pusing bandar Fukuoka, pergi Masjid Fukuoka dan naik Fukuoka Tower. Masuk Hakata Station, memang besar, banyak kedai, mall and everything in between. Cantik.

Fashionable sangat uncle ada klip rambut butterfly 💃💃
Ini tempat JR Pass Exchange Counter for foreigner.
Dekat abang baju biru tu boleh tunjuk printed document or exchange order bagi dia check dulu.
JR Pass yang kami beli dengan Klook tak perlu pun exchange order, hanya present passport saja.

Dapat JR Pass dan reserved seat.

Jalan dalam Hakata Station beli air sambil cari Rock Shop, Buroi ada pesan. Kena jalan ke arah Tullys Cafe teruskan lagi sampai jumpa bangunan Japan Post. Naik Level 2, hujung sekali shop lot nya.

Banyak dinding cantik port bergambar dalam kesesakan orang ramai lalu-lalang.
Tengok saja dulu, tak beli terus pun. Nanti datang lagi sebelum balik.

Perut dah mula lapar, kami naik ke Rooftop level Hakata Station, makan Burgerking dan Butter cake. Heaven on earth rasa dia. 😋😋

Wajah-wajah selepas dah kenyang.

Dari Hakata Station kami naik JR train ke Hakozaki Station, kemudian jalan kaki 200m ke Masjid Fukuoka. Cantik dan bersih masjidnya. Selesa segala urusan.

Tempat wuduk dan toilet yang selesa & bersih

Patah balik ke Hakata Station dan jalan kaki pulak ke Canal City Mall dalam 500m, minum kopi di Tullys Cafe sekejap. Nina & Nadia shopping parfume, i pulak buat rawatan tangan di situ, wangi. Kemudian pergi tax refund counter untuk barang-barangan shopping diorang tadi tu.

Berhenti rehat sebab Nadia dah kenaling jalan dah lebih 20k steps.
Beli perfume perisa pear. Wangi nau.
Wangi sangat lah semua ni 💅

Dari Canal City Mall, kami naik bas ke Fukuoka Tower. Angin kencang masa kami sampai dan enjoy the view. Malam lagi cantik view kat sini. Kata Nadia ada dapat diskaun naik tower ni since kitorang ada bus pass.

Good Night from Fukuoka Tower 💋

Love, Tingoh 😍

Fukuoka Trip Sept 2019 – The Travelling Day

Assalamulaikum, hari yang dinanti akhirnya tiba, September bulan kelahiran 2 travelmate, Nina & Nadia dalam trip kali ni. Acah-acah birthday trip untuk diorang lah ni ye. Kegigihan packing luggage hampir 3 minggu berakhir dengan kegoyahan jua, yakni terlebih kilo. Beli check-in baggage 25kg, beg pertama 23kg, ada baki 2kg lagi boleh check-in. Tapi, kena pula mesin self check-in luggage di KLIA2 ni tak boleh detect berat beg yang kurang dari 2.5kg, tanya staff yang supervise kat situ, dia cakap kena pergi check-in kat kaunter hujung sekali secara manual. Lega… additional 2kg akhirnya boleh masuk jugak. Ada lagi sikit excess weight ni, sumbat sajalah dalam hand carry. Boleh tahan berpeluh ketiak untuk selesai kegoyahan pertama ni. #libasbajusikit

Selain Brahims food, sambal bilis Adik, sambal udang baring dan maggi, butter cake fresh from Sarawak sumbangan Marina ni juga menjadi bekalan sepanjang perjalanan kami.
Pakai sweater lah sebab dah terlebih berat beg tadi kan. Kaunter belakang kepala Nadia tu kalau perlukan check-in beg secara manual.

Terus masuk ke departure hall, nak dinner dulu dan memandangkan Nadia nak cuba bawa masuk bekalan burger untuk breakfast esok pagi setibanya kami di Fukuoka Airport. Panjang akal budak ni. Ciri-ciri penting seorang travelmate idaman. Selesai makan dan solat isyak, cari sumber bekalan air coway free kat kawasan surau & bilik persalinan baby. Dan terus masuk ke gate dan terbang selama 6jam 20minit ke Fukuoka, Japan. Bismillah.

Sinar pagi langit Fukuoka sebelum touch down.
Fukuoka Airport
Welcome to Fukuoka, Japan.

-TINGOH-

Fukuoka Trip Sept 2019 – The Bookings

Assalamulaikum, kebiasaannya permulaan sesuatu trip kami adalah dengan TERBELI nya tiket flight. Ye, hari pertama AA buka new route KUL-FUK, 30 Nov 2018 dapat harga promo termurah masa tu. Harga return tickets per pax RM434. Tanpa tambah seat dan baggage. Tak apa, kata Nadia yang itu tunggu gaji 2019 nantilah. Walaupun kalau terus beli biasanya akan dapat harga lebih murah daripada add-on kemudian.

Beli tahun 2018, terbang tahun 2019.

Sejurus Nadia dah siapkan itinerary, bermula fasa booking accommodation, sukarnya adalah untuk pastikan dekat dengan train station tapi MURAH 😏. Pilihan yang ada samaada dekat Hakata Station, kelebihannya tak payah tukar train line, semuanya berpusat di situ. Tapi mana mungkin dapat yang murah, kawan. Sudahnya melalui Airbnb, kami book Coco Apartment di kawasan Chiyo. Boleh jalan kaki 400m untuk naik Subway di Chiyo-Kenchoguchi Station, tukar subway line di Nakasukawabata Station untuk ke Hakata Station atau ke Fukuoka Airport. Atau naik bas paling mantop sebab ada bus stop di depan tangga Coco Apartment tu saja.

Itinerary drat

Booking seterusnya adalah Japan Railway(JR) Pass. Di Fukuoka, ada pilihan naik JR train termasuk shinkansen, Nishitetsu Railroad atau subway. Kami pilih JR All Kyushu Pass (5 hari) up to 16 times, beli secara online di Klook dan juga beli di Travel Recommends. Dapat harga berbeza, tergantung kepada rezeki diskaun dan promosi waktu itu. Pass khusus kepada pelancong sahaja ini mesti dibeli di negara kita dan penukaran serta pengaktifan JR Pass mesti dibuat di Jepun. Kalau bandingkan penjimatan harga sebenar penggunaan train kami adalah JPY111,110 dengan harga JR Pass JPY18,330 (dalam web jrkyushu.co.jp) itu belum tolak promo atau diskaun yang ada secara online. Pilihan jenis JR Kyushu Rail pass pun boleh dipilih samaada nak cover All, North atau South selama 3 hari atau 5 hari. Selain boleh naik shinkansen, Kyushu juga terkenal dengan jolokan ‘Home to Japan’s incredibly unique Design & Story (D&S) trains’ so boleh cuba naik dan nikmati train yang unik dan indah ini kalau kena dengan itinerary masing-masing.

Boleh study ni
Siap-siap tulis nak reserve seat terutama Design & Story (D&S) train
Study the D&S trains routes and timing

Wifi dan simcard pulak kami beli di Travel Recommends. Sebenarnya simcard tu tak nak beli pun tapi bila guna promocode secara teknikalnya dapat percuma saja. Baguslah Travel Recommends ni, memang recommended.

Kaunter di pintu 2 KLIA2

Lebih kurang 2 minggu sebelum trip, secara tiba-tiba kami terjumpa info boleh beli secara online tiket round trip bas Kumamoto ke Takachiho untuk perjalanan Day 3 nanti. Which is akan memudahkan urusan Day 1 kami nanti, tak perlu lagi pergi ke Kumamoto Station untuk beli tiket semata. Bas ini pulak hanya ada 2 trip sehari. Bimbang pula kalau fully booked. (Website kyushubusbooking.com)

JR pass, bas dan flight tix

Last but not least, jangan lupa beli Takaful Coverage ye. Berusaha dan bertawakal. Till then, ayuh travel! LOVE, TINGOH 🤗

Hua Hin 2018

Itinerary

Hua Hin, Thailand. Trip 5 hari 4 malam.

Day 1:
Penerbangan AirAsia dari KL-Hua Hin lebih kurang 1 jam 45 minit. Beli tiket ni sebab tertekan tak boleh pergi ke mana-mana waktu cuti panjang Hari Malaysia & Awal Muharram hari tu. Harga RM305 return, tak termasuk beg, makan & tempat duduk. Berlepas pukul 10.20 pagi, sampai di Hua Hin International Airport pukul 11.00 pagi waktu Thailand (lewat 1 jam).

Lepas imigresen, pergi tanya harga teksi ke Hua Hin Railway Station THB400, tak jadi lah, cuba pula Grab, dapat harga THB200 tapi kena keluar dari airport tunggu tepi jalan. Sangguplah, jimat 50% tu. Sampai depan Railway Station ada kedai makan halal terbaik, termurah & tersedap. Makan satu set sup daging, telur dan sayur tambah nasi THB225. Dah siap makan, ingatkan nak beli pulut ayam kat gerai sebelah kedai tu, tapi dah tutup lah pulak. Tak ada rezeki. Dah kenyang tu menapak je lah terus ke Railway Station ambik gambar. Tunggu keretapi sampai jap untuk jadi prop.

Baby kakaklesh tingoh hantar pergi airport kali ini 💋
Makan sedap kat sini depan Hua Hin Railway Station

Dah selesai tu cari Grab untuk ke hotel. Sampai je, nindiaaaaa… siap dapat 8 seater van tu, penumpangnya 2 orang saja. Bapok besor. Harga THB250 untuk lebih kurang 20km jarak ke hotel. Daftar masuk untuk 1 malam di hotel lebih kurang jam 2 petang. Rehat sekejap, pukul 7.00 malam ada shuttle untuk bawa ke pasar malam. Cari makanan halal di Hua Hin Night Market, jumpa di simpang paling hujung sekali, tepi jalan. Makan mee sup dengan watermelon juice THB80. Sedap. Pukul 9.00 malam balik ke hotel, shuttle datang ambil di Clock Tower.

The Sea Cret Hotel, Hua Hin 🥰

Day 2:
Daftar keluar dari hotel jam 11 pagi, shuttle hantar ke kawasan Clock Tower, perut pula dah lapar, nekad untuk berjalan kaki dengan luggage bag dan backpack ke Mooz Restaurant, tengok waze dalam 1.1km jeeerrrrrrr, gigih lah tolak dan tarik beg. Dah sampai, alangkah remuk-redam hati ini bila Mooz Restaurant tutup. Bila mesej kat fb, tutup setiap hari SELASA katanya. Alaaaaahaiiiii, kenapa tak ada tulis kat fb weh… kenapa? kenapa??? Sudahnya pergi Family Mart seberang jalan beli susu. Penahan lapar. Kemudian, cari Grab pula untuk ke hotel dapat THB120. Tawakal je lah ada rezeki boleh daftar masuk terus walaupun baru pukul 12 tengahari. Ye, berjaya dapat masuk hotel terus.

Terima kasih susu

Cuba google lagi tempat makan halal, jumpa satu kedai ni rupanya dalam 100m saja jaraknya dari Mooz Restaurant tadi, alaaaaahaiiiiiii. Itu lah, pergi berjalan tak buat rujukan betul-betul, padan muka. Naik teksi dari hotel THB200 untuk ke kedai makan, mahal sebab minta receptionist hotel panggilkan teksi (sebenarnya nak tanya harga je tapi dia tak faham hasrat hati barangkali). Patutnya naik grab je, lebih murah. Apa boleh buat, dah terlanjur.

Sampai kedai makan Muslim Halal Food, sebelah TH Beach Resort, makan roti canai kosong (sebab dah gigil lapar, over!) dengan set tomyam+telur+sayur campur+nasi THB360.

Siap makan, pergi tanya pakcik tuk-tuk untuk ke Fly Now Outlet Store, dapat THB250 sehala. Shopping sekejap dekat situ, lepas tu dapat ilham untuk jalan kaki. Sebab otw dalam tuk-tuk tadi rasa macam dekat saja. Tapi sebenarnya 2km, ye… ye… jalan kaki 2km je di tengah panas lit-lit untuk ke The Venezia Hua Hin. Sambil menyesal dengan keputusan sendiri. Apakan daya, sendiri hadap je lah seadanya.

Sampai dengan peluh seje-seje. Ketibas!! Terus pilih pakej masuk dalam The Venezia. Masuk bergambar dalam tu sampai pukul 6.30 petang. Sebelum balik, makan dulu kat dalam tu ada restoran halal, Cafe in Town namanya, makan nasi khamok & tomyam THB288. Dah gelap dah, keluar cari Grab THB250 untuk balik ke hotel. Janji siap-siap dengan pemandu Grab, nama dia Mark, untuk esok nak ke Phraya Nakhon Cave. Harga THB1300 return. Bermulalah percutian ala-ala mewah nan hado… sebab dah ada pemandu sendiri gitu. Hahahaaaa. Pilihan lain sewa kereta (lebih mahal sebab 2 orang saja) atau sewa motorsikal (lebih murah tapi tak ada lesen, 😣)

Day 3:
Yeahhh…. hiking day di Phraya Nakhon Cave. Pukul 8 pagi gerak dari hotel, perjalanan lebih kurang 40 minit, sampai di kaunter tiket rupanya bot untuk bawa ke pantai tak beroperasi sebab ombak kuat. Oooohhhhoiiii, jadi kena terus menapaklah jawabnya 4km pergi balik. Tabah. 3 jam jugaklah kegigihan turun, naik bukit untuk sampai ke dalam gua. Keluar dari situ, minum air nyor sejuk, nikmat yang amat.

Anik is the hiker wah.. wah.. wah..

Dalam perjalanan balik, singgah ambil gambar di Rajabhakti Park yang ada 7 statue Raja Thailand. Panas meghelit, tapi tak apa, yang penting lighting on point!

Sebelum balik hotel, singgah makan tengahari di Mooz Restaurant yang gagal semalam tu. Makan somtam+sup daging+nasi+bubur beras pulut keladi, total THB445. Sampai hotel dalam pukul 3 petang. Rehat sekejap, lepas tu keluar ke Bluport Shopping Mall. Sebelah hotel ni saja. Cari makanan halal tak ada yang menarik, beli pisang dan nenas saja. Sebelum balik hotel singgah 7e nak beli air mineral dan nampak ada makcik jual rotee. Beli jugak satu rotee coklat & rotee original.

Day 4:
Semalam dah janji siap-siap dengan pemandu yang sama untuk sightseeing sekitar bandar Hua Hin dan Cha-Am. Dalam pukul 7.45 pagi dah gerak dari hotel menuju ke Mrigadayavan Palace. Pukul 8.30 pagi kaunter buka, jadi orang terawal masuk. Tiket berharga THB30. Tapi tempat ni banyak pulak larangannya, tak boleh ambil gambar dalam bangunan, tak boleh guna tripod, ada laluan tak boleh masuk dan tempat ni juga sedang dalam proses baikpulih.

Keluar dari palace ni, tak jumpa kereta si Mark, cemas. Cuba whatsapp, tak online, rupanya salah cara save nombor telefon Thailand. Aduhai.

Lepas dah dapat hubungi Mark, teruskan perjalanan ke Santorini Park. Tiket masuk THB120. Di sini ada disediakan tempat solat. Seterusnya, pergi pula ke Camel Republic, tiket masuk ke sini THB150 sekali dengan 1 pek lobak merah, untuk suapkan unta. Pusing-pusing sekejap dan bergambar, sempat juga membeli di gift shop yang kebetulan ada diskaun. Bergerak pula ke Swiss Sheep Farm, tiket masuknya THB120, tunjukkan tiket masuk pada penjaga kambing biri-biri, dapat segenggam rumput untuk bagi makan pada biri-biri yang sedang kelaparan yang amat. Ada juga disediakan pilihan dengan bayaran tambahan untuk yang nak rasa pengalaman bagi susu dalam botol pada anak kambing.

Keluar dari ladang ini, singgah di stesen minyak sebelahnya untuk solat dan ada sebuah kedai makanan halal di kawasan tersebut. Selesai solat, minta Mark bawa ke Ameena Restaurant untuk makan tengahari. Makan siakap stim dan sotong bakar yang sedap di sini. Harga THB500. Selesai isi perut, singgah sekejap shopping di Plearnwan sebelum balik ke hotel.

Malamnya, pergi lagi ke pasar malam, kali ini makan kebab di simpang masuk Chatsila Market dan dapat jumpa pulut ayam di hujung jalan pasar malam hasil maklumat dari pakcik jual kebab. Balik ke hotel naik Grab THB190.

Day 5
Hujan lebat tanpa henti bermula tengah malam, jadi bandar Hua Hin yang ada satu jalan utama sahaja untuk ke mana-mana sekalipun ini dah banjir. Penerbangan balik ke Kuala Lumpur jam 11.30 pagi. Keluar dari hotel jam 9 pagi, ngeri juga terpaksa redah air tapi dengan keberanian Grablady berjaya juga sampai dan check-in beg on time. Habiskan THB beli jajan di airport dan terbang pulang ke Malaysia. Bye Hua Hin 💖

Air bah di Hua Hin

Design a site like this with WordPress.com
Get started