Hua Hin 2018

Itinerary

Hua Hin, Thailand. Trip 5 hari 4 malam.

Day 1:
Penerbangan AirAsia dari KL-Hua Hin lebih kurang 1 jam 45 minit. Beli tiket ni sebab tertekan tak boleh pergi ke mana-mana waktu cuti panjang Hari Malaysia & Awal Muharram hari tu. Harga RM305 return, tak termasuk beg, makan & tempat duduk. Berlepas pukul 10.20 pagi, sampai di Hua Hin International Airport pukul 11.00 pagi waktu Thailand (lewat 1 jam).

Lepas imigresen, pergi tanya harga teksi ke Hua Hin Railway Station THB400, tak jadi lah, cuba pula Grab, dapat harga THB200 tapi kena keluar dari airport tunggu tepi jalan. Sangguplah, jimat 50% tu. Sampai depan Railway Station ada kedai makan halal terbaik, termurah & tersedap. Makan satu set sup daging, telur dan sayur tambah nasi THB225. Dah siap makan, ingatkan nak beli pulut ayam kat gerai sebelah kedai tu, tapi dah tutup lah pulak. Tak ada rezeki. Dah kenyang tu menapak je lah terus ke Railway Station ambik gambar. Tunggu keretapi sampai jap untuk jadi prop.

Baby kakaklesh tingoh hantar pergi airport kali ini 💋
Makan sedap kat sini depan Hua Hin Railway Station

Dah selesai tu cari Grab untuk ke hotel. Sampai je, nindiaaaaa… siap dapat 8 seater van tu, penumpangnya 2 orang saja. Bapok besor. Harga THB250 untuk lebih kurang 20km jarak ke hotel. Daftar masuk untuk 1 malam di hotel lebih kurang jam 2 petang. Rehat sekejap, pukul 7.00 malam ada shuttle untuk bawa ke pasar malam. Cari makanan halal di Hua Hin Night Market, jumpa di simpang paling hujung sekali, tepi jalan. Makan mee sup dengan watermelon juice THB80. Sedap. Pukul 9.00 malam balik ke hotel, shuttle datang ambil di Clock Tower.

The Sea Cret Hotel, Hua Hin 🥰

Day 2:
Daftar keluar dari hotel jam 11 pagi, shuttle hantar ke kawasan Clock Tower, perut pula dah lapar, nekad untuk berjalan kaki dengan luggage bag dan backpack ke Mooz Restaurant, tengok waze dalam 1.1km jeeerrrrrrr, gigih lah tolak dan tarik beg. Dah sampai, alangkah remuk-redam hati ini bila Mooz Restaurant tutup. Bila mesej kat fb, tutup setiap hari SELASA katanya. Alaaaaahaiiiii, kenapa tak ada tulis kat fb weh… kenapa? kenapa??? Sudahnya pergi Family Mart seberang jalan beli susu. Penahan lapar. Kemudian, cari Grab pula untuk ke hotel dapat THB120. Tawakal je lah ada rezeki boleh daftar masuk terus walaupun baru pukul 12 tengahari. Ye, berjaya dapat masuk hotel terus.

Terima kasih susu

Cuba google lagi tempat makan halal, jumpa satu kedai ni rupanya dalam 100m saja jaraknya dari Mooz Restaurant tadi, alaaaaahaiiiiiii. Itu lah, pergi berjalan tak buat rujukan betul-betul, padan muka. Naik teksi dari hotel THB200 untuk ke kedai makan, mahal sebab minta receptionist hotel panggilkan teksi (sebenarnya nak tanya harga je tapi dia tak faham hasrat hati barangkali). Patutnya naik grab je, lebih murah. Apa boleh buat, dah terlanjur.

Sampai kedai makan Muslim Halal Food, sebelah TH Beach Resort, makan roti canai kosong (sebab dah gigil lapar, over!) dengan set tomyam+telur+sayur campur+nasi THB360.

Siap makan, pergi tanya pakcik tuk-tuk untuk ke Fly Now Outlet Store, dapat THB250 sehala. Shopping sekejap dekat situ, lepas tu dapat ilham untuk jalan kaki. Sebab otw dalam tuk-tuk tadi rasa macam dekat saja. Tapi sebenarnya 2km, ye… ye… jalan kaki 2km je di tengah panas lit-lit untuk ke The Venezia Hua Hin. Sambil menyesal dengan keputusan sendiri. Apakan daya, sendiri hadap je lah seadanya.

Sampai dengan peluh seje-seje. Ketibas!! Terus pilih pakej masuk dalam The Venezia. Masuk bergambar dalam tu sampai pukul 6.30 petang. Sebelum balik, makan dulu kat dalam tu ada restoran halal, Cafe in Town namanya, makan nasi khamok & tomyam THB288. Dah gelap dah, keluar cari Grab THB250 untuk balik ke hotel. Janji siap-siap dengan pemandu Grab, nama dia Mark, untuk esok nak ke Phraya Nakhon Cave. Harga THB1300 return. Bermulalah percutian ala-ala mewah nan hado… sebab dah ada pemandu sendiri gitu. Hahahaaaa. Pilihan lain sewa kereta (lebih mahal sebab 2 orang saja) atau sewa motorsikal (lebih murah tapi tak ada lesen, 😣)

Day 3:
Yeahhh…. hiking day di Phraya Nakhon Cave. Pukul 8 pagi gerak dari hotel, perjalanan lebih kurang 40 minit, sampai di kaunter tiket rupanya bot untuk bawa ke pantai tak beroperasi sebab ombak kuat. Oooohhhhoiiii, jadi kena terus menapaklah jawabnya 4km pergi balik. Tabah. 3 jam jugaklah kegigihan turun, naik bukit untuk sampai ke dalam gua. Keluar dari situ, minum air nyor sejuk, nikmat yang amat.

Anik is the hiker wah.. wah.. wah..

Dalam perjalanan balik, singgah ambil gambar di Rajabhakti Park yang ada 7 statue Raja Thailand. Panas meghelit, tapi tak apa, yang penting lighting on point!

Sebelum balik hotel, singgah makan tengahari di Mooz Restaurant yang gagal semalam tu. Makan somtam+sup daging+nasi+bubur beras pulut keladi, total THB445. Sampai hotel dalam pukul 3 petang. Rehat sekejap, lepas tu keluar ke Bluport Shopping Mall. Sebelah hotel ni saja. Cari makanan halal tak ada yang menarik, beli pisang dan nenas saja. Sebelum balik hotel singgah 7e nak beli air mineral dan nampak ada makcik jual rotee. Beli jugak satu rotee coklat & rotee original.

Day 4:
Semalam dah janji siap-siap dengan pemandu yang sama untuk sightseeing sekitar bandar Hua Hin dan Cha-Am. Dalam pukul 7.45 pagi dah gerak dari hotel menuju ke Mrigadayavan Palace. Pukul 8.30 pagi kaunter buka, jadi orang terawal masuk. Tiket berharga THB30. Tapi tempat ni banyak pulak larangannya, tak boleh ambil gambar dalam bangunan, tak boleh guna tripod, ada laluan tak boleh masuk dan tempat ni juga sedang dalam proses baikpulih.

Keluar dari palace ni, tak jumpa kereta si Mark, cemas. Cuba whatsapp, tak online, rupanya salah cara save nombor telefon Thailand. Aduhai.

Lepas dah dapat hubungi Mark, teruskan perjalanan ke Santorini Park. Tiket masuk THB120. Di sini ada disediakan tempat solat. Seterusnya, pergi pula ke Camel Republic, tiket masuk ke sini THB150 sekali dengan 1 pek lobak merah, untuk suapkan unta. Pusing-pusing sekejap dan bergambar, sempat juga membeli di gift shop yang kebetulan ada diskaun. Bergerak pula ke Swiss Sheep Farm, tiket masuknya THB120, tunjukkan tiket masuk pada penjaga kambing biri-biri, dapat segenggam rumput untuk bagi makan pada biri-biri yang sedang kelaparan yang amat. Ada juga disediakan pilihan dengan bayaran tambahan untuk yang nak rasa pengalaman bagi susu dalam botol pada anak kambing.

Keluar dari ladang ini, singgah di stesen minyak sebelahnya untuk solat dan ada sebuah kedai makanan halal di kawasan tersebut. Selesai solat, minta Mark bawa ke Ameena Restaurant untuk makan tengahari. Makan siakap stim dan sotong bakar yang sedap di sini. Harga THB500. Selesai isi perut, singgah sekejap shopping di Plearnwan sebelum balik ke hotel.

Malamnya, pergi lagi ke pasar malam, kali ini makan kebab di simpang masuk Chatsila Market dan dapat jumpa pulut ayam di hujung jalan pasar malam hasil maklumat dari pakcik jual kebab. Balik ke hotel naik Grab THB190.

Day 5
Hujan lebat tanpa henti bermula tengah malam, jadi bandar Hua Hin yang ada satu jalan utama sahaja untuk ke mana-mana sekalipun ini dah banjir. Penerbangan balik ke Kuala Lumpur jam 11.30 pagi. Keluar dari hotel jam 9 pagi, ngeri juga terpaksa redah air tapi dengan keberanian Grablady berjaya juga sampai dan check-in beg on time. Habiskan THB beli jajan di airport dan terbang pulang ke Malaysia. Bye Hua Hin 💖

Air bah di Hua Hin

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started