Assalamulaikum, kebiasaannya permulaan sesuatu trip kami adalah dengan TERBELI nya tiket flight. Ye, hari pertama AA buka new route KUL-FUK, 30 Nov 2018 dapat harga promo termurah masa tu. Harga return tickets per pax RM434. Tanpa tambah seat dan baggage. Tak apa, kata Nadia yang itu tunggu gaji 2019 nantilah. Walaupun kalau terus beli biasanya akan dapat harga lebih murah daripada add-on kemudian.

Sejurus Nadia dah siapkan itinerary, bermula fasa booking accommodation, sukarnya adalah untuk pastikan dekat dengan train station tapi MURAH π. Pilihan yang ada samaada dekat Hakata Station, kelebihannya tak payah tukar train line, semuanya berpusat di situ. Tapi mana mungkin dapat yang murah, kawan. Sudahnya melalui Airbnb, kami book Coco Apartment di kawasan Chiyo. Boleh jalan kaki 400m untuk naik Subway di Chiyo-Kenchoguchi Station, tukar subway line di Nakasukawabata Station untuk ke Hakata Station atau ke Fukuoka Airport. Atau naik bas paling mantop sebab ada bus stop di depan tangga Coco Apartment tu saja.

Booking seterusnya adalah Japan Railway(JR) Pass. Di Fukuoka, ada pilihan naik JR train termasuk shinkansen, Nishitetsu Railroad atau subway. Kami pilih JR All Kyushu Pass (5 hari) up to 16 times, beli secara online di Klook dan juga beli di Travel Recommends. Dapat harga berbeza, tergantung kepada rezeki diskaun dan promosi waktu itu. Pass khusus kepada pelancong sahaja ini mesti dibeli di negara kita dan penukaran serta pengaktifan JR Pass mesti dibuat di Jepun. Kalau bandingkan penjimatan harga sebenar penggunaan train kami adalah JPY111,110 dengan harga JR Pass JPY18,330 (dalam web jrkyushu.co.jp) itu belum tolak promo atau diskaun yang ada secara online. Pilihan jenis JR Kyushu Rail pass pun boleh dipilih samaada nak cover All, North atau South selama 3 hari atau 5 hari. Selain boleh naik shinkansen, Kyushu juga terkenal dengan jolokan ‘Home to Japan’s incredibly unique Design & Story (D&S) trains’ so boleh cuba naik dan nikmati train yang unik dan indah ini kalau kena dengan itinerary masing-masing.



Wifi dan simcard pulak kami beli di Travel Recommends. Sebenarnya simcard tu tak nak beli pun tapi bila guna promocode secara teknikalnya dapat percuma saja. Baguslah Travel Recommends ni, memang recommended.

Lebih kurang 2 minggu sebelum trip, secara tiba-tiba kami terjumpa info boleh beli secara online tiket round trip bas Kumamoto ke Takachiho untuk perjalanan Day 3 nanti. Which is akan memudahkan urusan Day 1 kami nanti, tak perlu lagi pergi ke Kumamoto Station untuk beli tiket semata. Bas ini pulak hanya ada 2 trip sehari. Bimbang pula kalau fully booked. (Website kyushubusbooking.com)

Last but not least, jangan lupa beli Takaful Coverage ye. Berusaha dan bertawakal. Till then, ayuh travel! LOVE, TINGOH π€