Pagi yang indah bermula sesudah subuh. Rancangnya nak pergi ke Sakurajima iaitu volcano yang masih aktif di Kagoshima.



Dalam shinkansen 95 minit, berhenti di Kagoshima-chuo Station, tukar naik local train ke Kagoshima Station, namun begitu kami terlepas pandang station yang sepatutnya. Terpaksa tunggu 5 station yang seterusnya untuk tukar train patah balik ke Kagoshima Station. Pengajaran hari ini kena cepat-cepat mengaku ‘Mistake’ 😝😝. Lari sikit timing kami, tapi tak apa. Sampai di Kagoshima Station, cari arah untuk jalan kaki 500m ke Sakurajima Ferry Terminal. Beli tiket feri JPY160, setiap 15 minit ada tripnya. Sekejap saja, dalam 20 minit saja dah sampai ke Sakurajima.



Kat situ kami pilih sightseeing bus ala-ala hop on hop off bus harga JPY500 untuk keliling Sakurajima. Panas lit-lit lah masa ni. Insof. Sebelum kami naik bas balik, tetiba Sakurajima kentut 💨, meletus manja berkepul asapnya. Tak sangka dapat saksikan sendiri letupan. Dan baru ni awal Nov 2019, ada ongoing eruption juga. Aktif volcano kan.





Balik dari Sakurajima ke Kagoshima, kami jalan kaki ke Tram Station, dan di sapa oleh pakcik Jepun, sembang sikit lebih-lebih kurang, sebelum naik tram 🚋 ke Korimoto Tram Station. Kemudiannya jalan kaki pula 450m ke Kagoshima Islamic Culture Centre aka Kagoshima Masjid untuk solat jamak zohor asar. Terasa jauh perjalanan ni sebab cuaca panas. Tapi bila dah nampak signage bulan bintang, terus happy. Tempat solat memang perfect 🌟🌟🌟🌟🌟. Setengah jam urusan di sini dan selesai dengan jayanya. Moh cari jalan pulang pula.




Jalan pulang agak tricky dan jauh, kena jalan kaki dalam 750m ke JR Minami-kagoshima Station, plannya supaya kami tak perlu lagi naik tram, boleh terus guna JR pass. Jimat sikit. Tapi kena lah jalan kaki dalam panas ni 😎. Naik train ke Kagoshima-chuo Station, berhenti makan bekal dan beli nasi di Lawson dan kemudian naik shinkansen balik ke Hakata Station.







Tak ada sangat view boleh nampak kalau naik Mizuho ni, kebanyakan laluan terowong. Sampai di Hakata Station, naik subway untuk pulang ke Coco Apartment.
Love, Tingoh 💋