Fukuoka Trip Sept 2019 – Day 1

Assalamualaikum, selesai urusan beg dan immigration, beg penuh makanan tak perlu buka, diorang tak check pun tapi ada juga nampak orang yang kena geledah beg, cemas jugak lah sebab ada peraturan tak boleh bawak masuk fresh meat tapi syukurlah bekalan burgerking kami lepas. Kami keluar di Arrival level 1. Ada tempat duduk, berhadapan 7eleven. Kemudian kami ke aras 4 ada prayer room untuk qada solat subuh. Selesai urusan, cuba beli kopi di 7e, kena bayar saiz cup yang kita nak beli tu dulu, baru pergi ke mesin kopi layan diri. Bodoh sikit kami pada mulanya.

To Prayer Room at Level 4.
Reramai tu tunggu giliran ambil kopi. Iced Americano satu!

Nadia pulak dah ke kaunter beli kupon bas untuk pelancong. Harganya JPY820 per pax. Unlimited kecuali tak boleh guna ke Dazaifu. Entah, pelik sikit Dazaifu route ni, nanti lah cerita hari last nanti. Jadinya, perjalanan kami hari ini guna bas, JR train dan subway using tourist bus pass dalam bandar Fukuoka. SUGOCA IC pun Nadia beli siap-siap di kaunter yang sama, itu untuk guna naik subway, bila dah mula aktifkan JR pass all kyushu tu nanti.

Gores tarikh guna pada kupon. Oh yaaa… Nadia beli sekali Sugoca IC
Tempat naik bas di luar Arrival level untuk ke Hakata Bus Station.
Cerah langit Fukuoka, kat KL jerebu teruk melanda masa ni.

Sampai di Terminal Bas, cari Gate 1 nak naik bas nombor 15 ke Coco Apartment untuk letak beg.

Sampai di Coco Apartment tak berjaya jumpa owner, so kami tinggal saja beg dan ambil gambar WhatsApp pada owner. Pastikan selamat. Teruskan perjalanan naik bas kembali ke Hakata Station. Hari ini rancangnya nak pergi exchange JR Pass, pusing-pusing bandar Fukuoka, pergi Masjid Fukuoka dan naik Fukuoka Tower. Masuk Hakata Station, memang besar, banyak kedai, mall and everything in between. Cantik.

Fashionable sangat uncle ada klip rambut butterfly πŸ’ƒπŸ’ƒ
Ini tempat JR Pass Exchange Counter for foreigner.
Dekat abang baju biru tu boleh tunjuk printed document or exchange order bagi dia check dulu.
JR Pass yang kami beli dengan Klook tak perlu pun exchange order, hanya present passport saja.

Dapat JR Pass dan reserved seat.

Jalan dalam Hakata Station beli air sambil cari Rock Shop, Buroi ada pesan. Kena jalan ke arah Tullys Cafe teruskan lagi sampai jumpa bangunan Japan Post. Naik Level 2, hujung sekali shop lot nya.

Banyak dinding cantik port bergambar dalam kesesakan orang ramai lalu-lalang.
Tengok saja dulu, tak beli terus pun. Nanti datang lagi sebelum balik.

Perut dah mula lapar, kami naik ke Rooftop level Hakata Station, makan Burgerking dan Butter cake. Heaven on earth rasa dia. πŸ˜‹πŸ˜‹

Wajah-wajah selepas dah kenyang.

Dari Hakata Station kami naik JR train ke Hakozaki Station, kemudian jalan kaki 200m ke Masjid Fukuoka. Cantik dan bersih masjidnya. Selesa segala urusan.

Tempat wuduk dan toilet yang selesa & bersih

Patah balik ke Hakata Station dan jalan kaki pulak ke Canal City Mall dalam 500m, minum kopi di Tullys Cafe sekejap. Nina & Nadia shopping parfume, i pulak buat rawatan tangan di situ, wangi. Kemudian pergi tax refund counter untuk barang-barangan shopping diorang tadi tu.

Berhenti rehat sebab Nadia dah kenaling jalan dah lebih 20k steps.
Beli perfume perisa pear. Wangi nau.
Wangi sangat lah semua ni πŸ’…

Dari Canal City Mall, kami naik bas ke Fukuoka Tower. Angin kencang masa kami sampai dan enjoy the view. Malam lagi cantik view kat sini. Kata Nadia ada dapat diskaun naik tower ni since kitorang ada bus pass.

Good Night from Fukuoka Tower πŸ’‹

Love, Tingoh 😍

Design a site like this with WordPress.com
Get started